Senario
Mercy For Animals berusaha untuk mewujudkan sistem makanan yang tidak bergantung pada eksploitasi haiwan dan lebih selamat untuk manusia serta sejahtera untuk bumi kita.
PERLADANGAN KILANG TERNAKAN
Ayam, lembu, ikan dan haiwan-haiwan lain yang diternak di ladang kerap dilayan dengan kasar dan kejam. Kami di barisan hadapan berusaha untuk melindungi mereka – dengan mewujudkan sistem makanan yang lebih prihatin terhadap haiwan, selamat untuk manusia dan lestari untuk bumi kita.
Beribu-ribu ayam penelur biasanya dimuatkan dalam kandang sempit yang tidak bertingkap. Paruh mereka dipotong dan kebanyakannya mendapat prolaps berdarah yang tidak dirawat. Akibatnya, ada ayam yang mati dan bangkai mereka reput di sebelah ayam penelur lain yang dibela untuk dimakan oleh manusia.”Beribu-ribu ayam penelur biasanya dimuatkan dalam kandang sempit yang tidak bertingkap. Paruh mereka dipotong dan kebanyakannya mendapat prolaps berdarah yang tidak dirawat. Akibatnya, ada ayam yang mati dan bangkai mereka reput di sebelah ayam penelur lain yang dibela untuk dimakan oleh manusia.”Beribu-ribu ayam penelur biasanya dimuatkan dalam kandang sempit yang tidak bertingkap. Paruh mereka dipotong dan kebanyakannya mendapat prolaps berdarah yang tidak dirawat. Akibatnya, ada ayam yang mati dan bangkai mereka reput di sebelah ayam penelur lain yang dibela untuk menghasilkan telur yang dimakan oleh manusia.
Lembu tenusu dianggap seperti mesin yang mengeluarkan susu – tanpa henti melalui fasa kehamilan, kelahiran dan penghasilan susu sehinggalah tubuh mereka tidak lagi bermaya ataupun tidak lagi mengeluarkan susu untuk meraih keuntungan. Anak lembu yang bakal diproses dagingnya, dipisahkan secara paksa dari ibunya dan dikurung dalam kandang. Mereka diberi susu rendah zat besi sebagai pengganti yang membuatkan haiwan ini mendapat anemia. Apabila sampai masanya untuk disembelih, kebanyakan anak lembu ini begitu lemah sehingga tidak mampu untuk berjalan.
Dari dibela dalam kolam hinggalah ia sampai ke dapur anda, ikan biasanya melalui penyiksaan yang dasyat. Ia telah dilemaskan, dicabut kulit dan disiang, selalunya ketika ia masih hidup dan boleh merasa kesakitan. Ikan-ikan ini menderita dengan kepadatan dalam kurungan kerana diternak penuh sesak dalam bilangan berpuluh ribu ekor dalam satu kolam. Keadaan ini akan menyebabkan ia mendapat kecederaan mahupun penyakit. Biasanya, ikan akan kehilangan penglihatannya atau dijangkiti parasit.