Sebut sahaja Malaysia, pasti syurga makanan akan terlintas di fikiran. Terdapat pelbagai hidangan yang menjadi pilihan tidak ketinggalan makanan yang berasaskan tumbuhan. Sekiranya anda pergi ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, George Town dan Ipoh, anda akan mendapati pelbagai restoran yang menawarkan menu yang terdiri daripada makanan berasaskan tumbuhan. Ada juga restoran lain yang boleh menyediakan makanan mengikut permintaan anda seperti mengasingkan daging dan produk haiwan lain daripada makanan anda....